Rawatan Kanser Prostat


Apakah Itu Kanser Prostat?

Prostat adalah kelenjar dalam sistem reproduktif lelaki yang berfungsi untuk menghasilkan air mani yang diperlukan untuk membawa sperma. Kelenjar berukuran walnut ini berada di bawah pundi kencing dan mengelilingi bahagian atas uretra, tiub yang keluarkan air kencing daripada pundi kencing.

Penyakit ini biasanya melibatkan mereka yang berusia 50 tahun dan keatas. Berdasarkan pencarian saintifik, pakar doctor percaya bahawa kebanyakan warga tua akan mengalaminya.

Kanser prostat mempunyai perkembangan yang perlahan.Individu kemungkinan tidak akan mengalami sebarang gejala sehinggalah ia berada di peringkat akhir. Kebanyakan lelaki dengan kanser prostat maut akibat daripada komplikasi tanpa mengetahui perkara sebenar. Oleh itu, apabila kanser prostat mula berkembang dengan cepat atau merebak di luar prostat, ia adalah berbahaya.

Kanser prostat pada peringkat awal boleh dirawat dengan peluang untuk pulih sepenuhnya.

Kanser yang telah merebak di luar prostat (seperti tulang, nodus limfa, dan paru-paru) mempunyai prognosis rendah tetapi keadaan tersebut masih boleh dikawal selama bertahun-tahun. Disebabkan kemajuan dalam beberapa tahun ini dalam rawatan yang sedia ada,

kebanyakan lelaki yang mengalami kanser prostat yang sudah merebak masih boleh hidup untuk lima tahun atau lebih. Warga lelaki dengan kanser prostat tahap akhir yang menjalani kehidupan yang normal selalunya meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung.

Apakah Punca Kanser Prostat

1) Umur

Kanser prostat menjejaskan lelaki terutamanya yang berusia lanjut. Walaupun jarang, kanser prostat dapat dilihat pada lelaki dalam usia 30-an dan 40-an. Lelaki dengan sejarah keluarga kanser prostat lebih cenderung untuk mendapat kanser prostat berbanding dengan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang sihat.

2) Diet

Doktor masih tidak dapat mengenal pasti penyebab bagi kanser prostat tetapi pakar pada umumnya setuju bahawa diet merupakan salah satu faktor risiko. Lelaki yang mengambil makanan mengandungi lemak yang banyak terutamanya daripada daging merah dan sumber lemak haiwan lain yang dimasak dengan haba yang tinggi mungkin lebih cenderung untuk mendapat kanser tahap akhir.

3) Hormon

Faktor yang menghubungkan diet dan perkembangan kanser prostat kemungkinan besar disebabkan oleh faktor hormon. Lemak merangsang peningkatan jumlah testosteron dan hormon lain, dan Testosteron bertindak mempercepatkan kadar pertumbuhan kanser prostat. Tahap testosteron yang tinggi boleh merangsang sel-sel kanser prostat yang tidak aktif menjadi lebih aktif dan berkembang di luar kawalan.

4) Pekerjaan

Pengimpal, pengeluar bateri, pekerja getah, dan pekerja yang sering terdedah kepada kadmium logam juga terdedah kepada kanser prostat.

5) Risiko lain yang mungkin menyumbang kepada kanser prostat ialah:
  • BMI yang meningkat
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Merokok
  • Pengambilan kalsium yang tinggi,
  • Pengambilan asid linoleik yang tinggi
  • Bangsa Afrika-Amerika
  • Sejarah keluarga yang positif kanser prostat
Tiada kajian yang terbukti bagi hubungan antara kanser prostat dengan kehidupan seks yang aktif, vasektomi, onani, penggunaan alkohol atau tembakau, sunat, ketidaksuburan, jangkitan prostat, atau “benign prostatic hyperplasia (BPH). Kebanyakan lelaki akan mengalami prostat yang membesar apabila umur semakin meningkat.

Apakah Amaran-amaran Awal Kanser Prostat?

1. Kesukaran Membuang Air Kecil
  • Kesukaran memulakan atau menghentikan aliran air kencing
  • Aliran air kencing yang lemah
  • Kencing terlalu kerap terutamanya pada waktu malam
2. Ketidakselesaan atau Kesakitan Semasa Membuang Air Kencing
  • Sila harap maklum bahawa rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil mungkin disebabkan oleh kelenjar prostat yang bengkak atau jangkitan pada saluran kencing
3. Kaki Terasa Lemah atau Kebas
  • Rasa lemah pada kaki dan mengalami kesukaran untuk berjalan
  • Sukar untuk kencing berdiri
4. Sakit Pinggang, Belakang atau Atas Peha
  • Rasa sakit pada belakang, pinggang, pelvis, paha dan bahagian tulang yang lain sehingga beberapa hari.
5. Kencing Berdarah
  • Darah di dalam air kencing (hematuria) akan menukar warna air kencing anda kepada merah, merah jambu atau merah gelap. Ketulan darah pula akan kelihatan seperti serbuk kopi.
Jika anda mengalami salah satu simpton atau gejala di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan sebelum ia menjadi lebih teruk.



No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...