Set Buasir, Kecutkan Buasir Secara Semulajadi

 Apakah Itu Buasir?

Ia juga dikenali sebagai hemorrhoid, iaitu pembengkakan disebabkan pembesaran saluran darah yang terdapat di dalam atau di sekeliling bahagian bawah (rektum dan dubur).


Pembengkakkan saluran darah menyebabkan benjolan keluar dari dinding dalam dubur atau dari kulit sekitarnya. Kadangkala ia terkeluar dan tidak boleh ditolak ke dalam semula, atau menjadi lebih besar dan keluar dari dubur. 

Kemudian anda mungkin dapat melihatnya sebagai benjolan yang berpermukaan licin, lembap dan kelihatan lebih merah jambu dari kawasan sekitarnya. Dan benjolan ini lebih cenderung untuk menyebabkan kesakitan, terutamanya ketika anda membuang air besar.

Gumpalan darah boleh terbentuk dalam buasir luaran, menjadikannya berwarna ungu atau biru. Ini dipanggil trombosis. Ia boleh sakit, gatal dan juga berdarah. Benjolan yang keluar ini biasanya tidak menyakitkan kecuali apabila aliran darah terganggu.

Gejala Buasir
  • Pendarahan selepas membuang air besar- darah biasanya merah terang
  • Kegatalan pada keliling dubur
  • Terdapat benjolan yang bergantung di luar dubur, yang mungkin perlu ditolak semula selepas membuang air besar
  • Pelepasan lendir selepas membuang air besar
  • Kesakitan, merah dan bengkak di sekeliling dubur
Buasir boleh dikelaskan kepada beberapa tahap:

Tahan 1 Benjolan kecil yang terbentuk di lapisan dalam dubur dan tidak dapat dilihat dari luar dubur

Tahap 2 - Benjolan yang lebih besar yang boleh keluar dari dubur anda apabila anda pergi ke tandas

Tahap 3- Satu atau lebih benjolan lembut keluar dan tergantung dari dubur dan boleh ditolak ke dalam semula

Tahap 4 - Keluar benjolan yang lebih besar yang tergantung daripada dubur dan tidak boleh ditolak masuk

Jenis-jenis Buasir

Terdapat dua jenis buasir yang boleh diklasifikasikan berdasarkan asal anatomi mereka iaitu buasir dalaman dan luaran. Buasir dalaman cukup jauh di dalam rektum yang biasanya tidak dapat dilihat atau dirasai oleh para pesakit. 

Mereka biasanya tidak merasai sebarang kesakitan kerana tidak terdapat banyak saraf di sana. Pendarahan mungkin menjadi satu-satunya simptom buasir dalaman yang dialami oleh pesakit.

Buasir luaran pula adalah benjolan yang terjadi di bawah kulit di sekitar dubur. Para pesakit akan merasa amat sakit kerana terdapat lebih banyak saraf di sekeliling kawasan tersebut. Mereka juga boleh mengalami pendarahan dari dalam dubur. Gejala ini selalunya berlaku apabila buasir dalaman membesar hingga terkeluar dari dubur.

Faktor-faktor Buasir

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah orang mungkin lebih cenderung mendapat buasir seperti yang berikut:

Masalah sembelit yang berpanjangan
  • Diet pemakanan yang kurang serat
  • Sering mengangkat beban berat
  • Batuk berpanjangan
  • Masalah cirit-birit untuk tempoh masa yang panjang
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Peningkatan umur
  • Kehamilan
  • Sejarah perubatan keluarga yang mempunyai masalah buasir
  • Duduk untuk tempoh yang lama
Tanda-tanda Buasir
  • Lebihan kulit boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
  • Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
  • Pucat
  • Tekanan darah rendah
  • Lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan
Cara Merawat Buasir

Gejala penyakit ini seringkali boleh sembuh selepas beberapa hari tanpa memerlukan rawatan. Buasir yang berlaku semasa kehamilan selalunya bertambah pulih selepas melahirkan anak.

Perubahan gaya hidup membantu mengurangkan ketegangan pada saluran darah di dalam dan sekitar dubur anda. Antara cara mengelakkan masalah ini termasuklah:

Meningkatkan jumlah pengambilan serat dalam diet secara berperingkat- sumber serat yang baik adalah seperti buah, sayuran, beras, pasta dan roti bijirin penuh dan juga kekacang.

Banyakkan minum banyak cecair - terutamanya air putih dan cuba elakkan atau mengurangkan kafein dan alkohol

Segera ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air besar- hal ini kerana najis akan menjadi lebih keras dan kering jika anda melengahkan waktu ke tandas dan anda menyebabkan anda perlu meneran. Ini adalah salah satu risiko buasir.

Elakkan ubat yang menyebabkan sembelit - seperti ubat tahan sakit yang mengandungi kodin

Kurangkan berat badan

Bersenam dapat membantu mencegah sembelit, mengurangkan tekanan darah, dan membantu menurunkan berat badan.


Jom ikhtiar dengan Set Buasir Shaklee. Set ini membantu :

OMEGA GUARD -untuk kecutkan buasir yang dah bengkak. bila dah kecut insya Allah buasir akan masuk sendiri dan juga anti radang. buat kita rasa selesa dan kurangkan sakit.

OSTEMATRIX lembutkan najis dan kuatkan otot usus untuk membuang dgn lancar. Salah satu sebab sembelit adalah sebab kekurangan kalsium jadi ostematrix membekalkan kalsium.

VITAMIN C Sembuhkan luka dalaman dan luaran yg terjadi akibat sembelit, luka ni kalau lambat sembuh boleh sebabkan jangkitan. Bahaya jika kuman merebak.

Testimoni Set Buasir Shaklee



Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah buasir, cepat-cepat dapatkan set ini sebelum ia lebih parah lagi. Hubungi saya untuk dapatkan set buasir sekarang! 016-4225314.

No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...