Kanser mulut boleh terjadi dimana-mana kawasan mulut seperti pada lidah, bibir, pada bahagian pipi, gusi, bahagian atas mulut, tonsil dan juga kalenjar air liur.
Kanser mulut selalunya berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan 2 kali ganda berlaku pada lelaki berbanding wanita.
Punca kanser mulut
Kanser adalah disebabkan mutasi pada genetik yang menyebabkan pembahagian sesuatu sel itu tidak dapat dikawal.
Terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kemungkinan seseorang itu menghadapi kanser mulut. Ia adalah:
- Merokok: Mereka yang merokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk menghadapi kanser mulut berbanding orang yang tidak merokok
- Jangkitan Human Papilloma virus
- Kerap mengunyah buah pinang dan sireh
- Kerap terdedah dengan bahan kimia seperti asbestos, asid sulfurik dan formaldehyde
- Pernah terdedah dengan radiasi dibahagian kepala dan leher
- Penyakit GERD: Keadaan dimana asid dalam perut ternaik semula ke dalam esofagus. Ia boleh naik sehingga ke bahagian mulut dan meningkatkan risiko kanser mulut
- Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan betul
Pada peringkat awal, selalunya kanser ini tidak mempunyai sebarang simptom. Tetapi jika anda mengalami simptom seperti ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Simptom tersebut adalah:
- Tompok merah atau putih di dalam mulut
- Ulser mulut yang tidak baik-baik
- Bengkak kalenjar di bahagian leher ke atas
- Benjolan dibahagian mulut yang tidak sembuh
- Sakit tekak yang tidak baik
- Sakit lidah
- Bibir bengkak
Beberapa perkara perlulah dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan anda menghadapi penyakit ini.
Ia adalah:
- Berhenti merokok
- Kurangkan atau berhenti daripada mengambil alkohol
- Elakkan daripada kerap mengambil daging terproses.
- Dapatkan rawatan jika anda mengalami simptom GERD.
Rawatan Kanser Mulut
Kebiasaannya, antara rawatan yang diberikan ialah:
Kanser mulut selalunya sangat sensitif kepada terapi radiasi. Fungsinya adalah membunuh sel kanser tersebut.
Beberapa kesan sampingan terapi radiasi untuk kanser ini adalah:
Kebiasaannya, antara rawatan yang diberikan ialah:
Pembedahan
Pembedahan dilakukan untuk mengelakkan kanser dari merebak pada bahagian mulut yang lain.
Kimoterapi
Kemoterapi juga digunakan untuk rawatan masalah ini. Dalam rawatan ini ia menggunakan beberapa jenis ubat untuk membunuh sel kanser yang ada.
Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah:
- Badan menjadi lemah
- Muntah-muntah
- Loya
- Rambut Gugur
- Sistem imun menjadi lemah menyebabkan pesakit itu sedang dijangkiti kuman
Kanser mulut selalunya sangat sensitif kepada terapi radiasi. Fungsinya adalah membunuh sel kanser tersebut.
Beberapa kesan sampingan terapi radiasi untuk kanser ini adalah:
- Gigi jadi rapuh
- Ulser mulut
- Gusi berdarah
- Badan lemah
No comments:
Post a Comment