Bagaimana untuk hilangkan kebas tangan? Pernah rasa tangan seolah-olah mencucuk-cucuk?. Ia adalah petanda kebas tangan. Kebiasaannya ia terasa sakit pada tangan, lengan serta bahu.
Penyebab Tangan Kebas
Kebiasaannya, kebas disebabkan oleh tekanan, kecederaan atau irritasi pada saraf pada bahagian tangan. Antara sebab-sebab terjadi kebas pada tangan kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali ialah;
1) Minum Alkohol
Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
2) ‘Amyloidosis’.
Ini merupakan sebuah penyakit di mana berlakunya pertambahan protein ‘amyloid’ dalam tisu di badan. Salah satu kesan sampingan berikutan penyakit ini ialah tangan kebas.
3) Kecederaan pada ‘brachial plexus’.
‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika saraf pada cawangan ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
4) ‘Carpal tunnel syndrome’.
Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat. Kesan sampingannya ialah tangan kebas selalunya pada waktu malam.
5) Vitamin B12 dalam badan.
Vitamin tidak kira vitamin apa sahaja pun, diketahui oleh semua orang iaitu ianya penting untuk tubuh badan. Kekurangan vitamin khususnya vitamin B12 dalam badan boleh membawa kepada masalah tangan kebas.
6) Sebarang kecederaan pada tulang belakang.
Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas malah kaki dan tempat lain juga boleh turut berasa kebas dalam situasi ini.
7) ‘Ganglion cyst’.
Ini merupakan sebuah ketulan kecil yang selalunya timbul pada pergelangan tangan. Ketulan ini kadang kala akan memberikan tekanan kepada saraf berhampiran sehingga menjadikan tangan kebas.
8) Kencing manis.
Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Ia akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
9) Strok.
Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah kebas pada tangan sebagai kesan sampingan.
10) Penyakit jenis ‘auto immune’.
Penyakit ‘auto immune’ seperti ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis juga boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
11) Toksin.
Toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik dan banyak lagi jika memasuki tubuh badan kita oleh mendatangkan kesan sampingan seperti tangan kebas dan juga impak yang lebih serius yang dapat mengundang maut.
Gejala Tangan Kebas
- Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
- Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
- Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
- Kebas sehingga hilang deria rasa
- Pening kepala
- Demam
- Loya
- Muntah
- Berfungsi sebagai antiradang
- Untuk kesihatan menyeluruh
- Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12.
- Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12.
- B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.
- Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf.
- Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah.
- Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
- Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
- Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.
No comments:
Post a Comment