Makanan Terbaik Untuk Pesakit Ekzema Supaya Cepat Baik

Penghidap ekzema perlu memilih makanan yang betul untuk dapatkan nutrisi terbaik. Mengambil makanan terbaik juga boleh mengawal ekzema dari tercetus dan jika salah memilih makanan boleh mengakibatkan ekzema semakin teruk. Jom KN kongsikan makanan terbaik untuk pesakit ekzema supaya cepat sembuh.


Apakah Ekzema?

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Ekzema mungkin berpunca dari tindakbalas alahan terhadap makanan atau bahan yang mendatangkan alahan kepada seseorang. Oleh itu, penjagaan makanan yang betul adalah amat penting untuk mengelak keadaan ekzema menjadi lebih teruk.

Jadi, jika menghidapi ekzema, anda mesti mengambil berat jenis makanan yang patut dielak dan makanan yang sesuai diamalkan. Mari kita lihat senarai di bawah.

Secara amnya, rata-rata mereka yang menghidapi ekzema juga mengalami masalah alergi makanan. Antara alergi makanan biasa ialah:
  • Produk tenusu
  • Telur
  • Produk soya
  • Gluten
  • Kekacang
  • Ikan
  • Makanan laut
Bagaimanapun, sesetengah penghidap ekzema boleh mengambil makanan ini tanpa sebarang kesan ekzema. Namun, mereka dinasihati mengamalkan diet seimbang untuk mengelakkan risiko kejadian kulit gatal-gatal dan pedih datang kembali.

Berikut adalah makanan yang harus dielak oleh mereka yang menghidap ekzema.

1. Makanan yang Mengandungi Lemak Trans dan Gula yang Tinggi
Makanan yang mengandungi lemak trans yang tinggi seperti makanan ringan dan marjerin atau gula yang tinggi seperti kek juga boleh menyebabkan tercetusnya ekzema. 

2. Makanan yang Mengandungi Bahan Tiruan dan Pengawet
Makanan seperti buah-buahan kering tinggi pengawet yang boleh menjadi pencetus ekzema.

3. Makanan yang Mengandungi MSG
Kandungan monosodium glutamate atau MSG tinggi dalam makanan sama ada semulajadi atau tiruan adalah musuh nombor satu kepada penghidap ekzema.

Antara makanan yang mengandungi unsur semulajadi MSG tinggi ialah brokoli, tomato, kicap dan sebagainya. Elakkan juga menggunakan MSG tiruan dalam masakan.

Makanan Terbaik Untuk Pesakit Ekzema Supaya Cepat Baik

Tiada diet khas dicipta untuk pesakit ekzema, namun pengambilan makanan yang betul dapat mengawal ekzema dari menjadi semakin teruk. 

Berikut ialah pemakanan yang baik untuk ekzema dan boleh mengelakkan serangan ekzema secara teruk:

1. Ikan

Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi yang dapat mengurangkan keradangan. Anda boleh mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan.

Selain itu, untuk mengubati ekzema, pesakit perlu mengambil dos agak tinggi, iaitu kira-kira enam gram omega-3, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

2. Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Pernah terfikir warna-warna cerah pada buah-buahan dan sayur-sayuran? Itu adalah daripada quercetin, iaitu sejenis bahan flavonoid yang mengandungi banyak antioksidan dan antihistamin.

Kedua-dua kandungan ini dapat mengurangkan simptom radang dan tahap histamin dalam badan.

Antara makanan yang kaya dengan quercetin ialah epal, ceri dan sayuran brokoli serta bayam.

Selain itu, pisang mampu melawan simptom ekzema kerana buah ini kaya dengan sumber kalium (potassium). Ubi kentang juga mempunyai banyak serat terdiri daripada kalium dan vitamin C.

Sayuran seperti bawang dan daun bawang turut mengandungi quercetin serta kaya dengan vitamin K, iaitu vitamin penting untuk penjagaan kulit sihat dan seimbang.

3. Kunyit

Kunyit adalah sejenis rempah ratus lazim digunakan dalam masakan. Ia mengandungi bahan antioksidan dipanggil curcumin yang dapat melindungi dan memelihara kulit daripada radikal bebas sambil mempercepatkan penyembuhan luka.

Amalkan satu sudu kecil kunyit dalam pemakanan harian untuk lihat keberkesanannya.

4. Minyak Zaitun

Minyak zaitun juga sesuai untuk merawat ekzema, tetapi pastikan ia minyak zaitun asli yang tidak dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kekacang.

Minyak zaitun adalah satu rawatan alternatif yang diakui dapat digunakan untuk menangani ekzema, termasuklah ekzema di kalangan kanak-kanak.

5. Kayu Manis dan Madu

Campuran kayu manis dan madu mempunyai khasiat tersendiri. Campuran dua bahan ini boleh diamalkan sebagai satu lagi rawatan alternatif bagi merawat ekzema.

Sapukan campuran kayu manis dan madu pada bahagian kulit yang menghidapi ekzema sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Makanan lain

Ada banyak lagi makanan sesuai diamalkan untuk melawan ekzema seperti dinyatakan di atas, tetapi perlu diingat bahawa sesetengah makanan boleh mencetuskan kembali simptom pedih ekzema.

Satu daripada cara untuk mengetahui makanan mana yang sesuai bagi pesakit ekzema ialah membuat senarai diet untuk lihat tindak balas terhadap kulit.

Ingat, sesetengah makanan boleh mengambil masa sehingga dua hari atau tiga hari untuk menampakkan tindak balas pada kulit.

Jika anda was-was atau masih tidak pasti mana satu makanan yang boleh mencetuskan serangan alergi sehingga menyumbang kepada ekzema, sila rujuk doktor pakar untuk nasihat lanjut.

Baca Juga:

No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...