Kebaikan Kolagen Plus Powder Shaklee

Apakah Kolagen?


Kolagen adalah struktur protien yang paling banyak terdapat dalam tubuh badan kita. Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatkan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
Sumber-sumber Kolagen Komersial

Adakah anda tahu kolagen yang banyak terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber apa?

Kebiasaannya kolagen komersial ini diproses daripada 3 sumber utama iaitu:

1. Ikan

Kolagen ikan atau juga dikenali sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya ikan salmon dan ikan merah.

Pada tahun 2011, kolagen daripada ikan tilapia telah ditemui oleh seorang penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia.

Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau babi.

2. Lembu

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit, dan otot haiwan ini.

3. Khinzir / Babi

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit, dan otot haiwan ini.

Produk Kolagen di Pasaran Malaysia

Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri makanan, industri perubatan, industri kesihatan, dan industri kosmetik.

Pengambilan kolagen oleh rakyat Malaysia kini semakin meningkat dengan kesedaran tentang kebaikan khasiat kolagen terutamanya daripada sudut kecantikan kulit. Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.

Kesan Penggunaan Kolagen berbeza bergantung kepada:
  • Kandungan jumlah molekul kolagen
  • Jenis kolagen
  • Kadar penyerapan oleh sistem tubuh
Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung didalam produk yang diambil.

Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya kerana dikategorikan sebagai najis berat. Manakala bagi kolagen bersumberkan lembu, ia perlulah diperoleh daripada lembu yang disembelih mengikut hukum syarak.

Selain itu, kolagen yang diekstrak daripada lembu dan ikan juga perlu dipastikan tiada campuran bahan-bahan yang meragukan status halalnya semasa pemprosesan.

Siapa Yang Perlukan Kolagen?

Golongan di bawah adalah mereka yang ada simptom kehilangan kolagen dan memerlukan kolagen untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan mereka:

1. Rambut kering & bercabang

2. Pori-pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik pada kulit

3. Tulang mereput dan risiko osteoporosis

4. Kulit & otot kendur dan hilang keanjalan

5. Sakit sendi terutama lutut

6. Kulit berkedut

7. Penglihatan kabur dan mata panda (eyebag & hitam keliling mata)

8. Sakit gusi atau gigi luruh

9. Payudara melayut dan kurang pejal

10. Kuku rapuh dan mudah pecah/patah

Manfaat Collagen Powder Shaklee


Antara manfaat kolagen adalah untuk:-

1. Anti penuaan

- Mengecilkan liang pori-pori yg kelihatan.
- Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.

2. Kembalikan keanjalan
- Menjadikan kulit lebih tegang, anjal, dan lembut.

3. Melembap
- Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal pada muka.

4. Mencerah
- Mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan kulit tidak sekata.

5. Menegang
- Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

6. Menyubur
- Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang, tebal dan bersinar.

7. Meningkatkan pergerakan
- Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.

Kelebihan Kolegen Powder Shaklee
  • Collagen Plus Powder Shaklee menyediakan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah) iaitu kolagen unggul yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah laut dalam.
  • Collagen Plus Powder Shaklee sangat rendah molekulnya iaitu 1000 Dalton bagi memastikan penyerapan sempurna oleh tubuh.
Adakah Anda Tahu?
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
  • Kolagen melindungi organ, perut, hati, jantung, paru2, saluran darah, sel otak dan sebagainya
  • Kornea juga dalah kolagen
  • Tulang juga perlukan kolagen. Kolagen membentuk 90% protien matriks tulang2 dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Jadi, bagi mereka yang kekurangan kolagen akan mengalami masalah tulang dan sesendi.
Ringkasnya kolagen sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan ia bukan hanya untuk kecantikan semata.
  • Inginkan kulit yang cantik, gebu, cerah dan sihat?
  • Ingin mengecilkan liang roma?
  • Ingin kulit yang tegang dan anjal?
  • Ingin rambut yang lebat dan sihat?
  • Ingin tulang yang kuat, sihat dan mampat?
  • Ingin sendi yang sihat?Inginkan semua di atas? Anda sangat perlukan kolagen!
Paras kolagen yang cukup dalam badan boleh dilihat jelas pada kulit dan kesihatan seseorang. Antara kesan yang ketara ialah:
  • kulit mendapat kelembapan yang cukup
  • kulit kelihatan lebih anjal & tegang
  • otot dan tulang lebih kuat dan sihat
  • sendi yang sihat
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • mengurangkan keradangan
  • memberi tenaga
  • tidur yang lebih lena
  • membantu proses detoks hati untuk membuang toksin
  • memulih penyakit saraf (mmebina semula lapisan protin pada saraf)
Walaubagaimanapun, paras kolagen dalam badan kita boleh berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Pengurangan kolagen ini yang akan menyebabkan pelbagai masalah atau tanda2 penuaan seperti:
  • lingkaran hitam bawah mata, eye bag
  • kulit kering, berkedut dan melayut
  • liang roma lebih besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • garisan kesan ketawa
  • kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
  • gusi tak sihat
  • kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • rambut halus, kering dan bercabang serta mudah gugur
  • payudara dan punggung kendur
  • penglihatan kabur
Kesan Kehilangan Kolagen Dalam Badan 


Kemerosotan secara semulajadi ini banyak merisaukan khususnya bagi kaum wanita yang lebih mementingkan kecantikan dan penampilan diri.

Tapi jangan risau! Ia boleh diatasi atau dipulihkan dengan mengambil makanan tambahan kolagen secara berterusan bagi menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit serta kesihatan.

Di pasaran ada pelbagai jenis dan sumber kolagen. Antaranya yang boleh KN  kongsikan ialah:
  • Bovine (lembu) – diternak secara tertutup seperti di Australia, New Zealand
  • Babi (procine origin)
  • Haiwan laut – ikan dan gamat
  • Tumbuhan – seperti kacang soya
  • Yak – produk dari China
  • Manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan juga ada cerita dari banduan yang ditembak mati!
Panduan Memilih Kolagen yang Baik dan Berkualiti.
  • Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  • Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah.
  • Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  • Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  • Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  • Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  • Kolagen juga penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi. (bonus point)
  • Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
Untuk sebarang pertanyaan tentang kolagen , anda boleh hubungi KN di 016-4225314.

No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...