Punca-punca Berlakunya Kencing Kerap

Antara punca kerap kencing ialah mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau diabetis. Hal ini belaku apabila buah pinggang menapis darah untuk membuang air kencing, ia menyerap semula gula kembali ke aliran darah.

Dalam penyakit diabetis, tahap gula dalam darah adalah tinggi. Tidak semua gula boleh diserap semula dan glukosa yang berlebihan dari darah berakhir di dalam air kencing di mana ia menarik lebih banyak air.
Ini mengakibatkan jumlah air kencing yang lebih banyak. Air yang banyak keluar ini juga menyebabkan rasa haus, sebab itulah salah satu gejala diabetes adalah kerap haus.

Selain itu antara punca lain kerap kencing ialah:

1) Jangkitan pada Saluran Kencing

Jangkitan pada saluran kencing (UTI) adalah di antara penyebab utama yang menyebabkan kencing menjadi kerap. Ia berlaku apabila bakteria memasuki pundi kencing melalui uretra. Dianggarkan bahawa 50 hingga 60 peratus wanita akan mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan UTI seumur hidup mereka.

Satu pertiga daripada wanita akan mengalaminya sekali sebelum berusia 24 tahun. Doktor akan memberikan antibiotik sekiranya jangkitan adalah serius. Wanita lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan UTI berbanding lelaki kerana uretra mereka lebih pendek.

Faktor risiko terjadinya UTI (urinary tract infection)
  • Kurang minum air

  • Menahan air kencing dalam tempoh yang lama atau tidak mengosongkan pundi kencing sepenuhnya

  • Kaedah mengelap yang tidak betul (daripada belakang ke hadapan) selepas menggunakan tandas, yang akan mendedahkan uretra kepada bakteria E.coli

  • Hubungan seks, yang boleh memperkenalkan bakteria ke dalam saluran kencing

  • Perubahan dalam struktur sistem saluran kencing seperti yang berlaku semasa kehamilan

  • Masalah perubatan kronik, seperti diabetes yang menjejaskan sistem imun
Gejala UTI (urinary tract infection)
  • Perlu buang air kencing secara kerap

  • Berasa sakit atau terbakar apabila kencing

  • Air kencing yang berbau kuat

  • Sakit perut pada bahagian bawah

  • Darah dalam air kencing

  • Demam

  • Menggigil

  • kehilangan kawalan pundi kencing

  • Loya
2) Pundi kencing terlalu aktif (Overactive bladder)

Pundi kencing yang terlalu aktif merupakan salah satu penyebab kencing menjadi kerap. Ia berlaku kepada kira-kira 40 peratus daripada kaum wanita. Ia boleh menyebabkan kencing menjadi kerap akibat daripada otot-otot pundi kencing yang terlalu aktif. Gejala-gejala yang biasa dialami termasuklah:

Berasa terdesak untuk membuang air kencing sehingga kadang-kala mengakibatkan air kencing terkeluar tanpa sengaja sebelum sampai ke tandas

‘Nocturia’, atau keperluan untuk membuang air kencing sekurang-kurangnya dua kali atau lebih semasa tidur pada waktu malam

Kekerapan kencing atau perlu membuang air kencing sekurang-kurangnya lapan kali sehari

Punca pundi kencing terlalu aktif

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pundi kencing menjadi terlalu aktif. Antaranya termasuklah:
  • Kecederaan
  • Keadaan yang menjejaskan otot, saraf, dan tisu, seperti strok atau ‘multiple sclerosis’ (MS)
  • Kekurangan estrogen disebabkan oleh menopos
  • Berat badan berlebihan yang memberikan tekanan tambahan kepada pundi kencing

No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...