BUKAN SEKADAR NAK KURUS, TAPI NAK SIHAT
Selepas melahirkan cahaya mata ketiga (yang terakhir bagi saya), timbul kesedaran dalam diri untuk menghadapi usia tua yang lebih sihat dan bermanfaat. Sudah terlalu lama rasanya saya 'menanggung' berat badan yang berlebihan.
Sejak melahirkan anak pertama pada tahun 2009, berat badan saya tidak pernah kurang dari 65kg. Walaupun tidak pernah melebihi 70kg (selain dari waktu trimester akhir kehamilan), namun diri sendiri merasakan bahawa berat berlebihan inilah yang akan menjadi punca pelbagai masalah kesihatan kelak; terutamanya apabila sudah menginjak ke usia 40 tahun.
Lantas, pada bulan September 2018 saya mengambil keputusan untuk menyertai program eat clean secara berkumpulan di bawah bimbingan salah seorang sahabat SID saya iaitu Puan Laila Ismail. Program tersebut mengambil masa selama 2 bulan iaitu sepanjang Oktober dan Novemmber tahun tersebut.
Sepanjang program tersebut berjalan, kami para peserta dikehendaki mengemaskini menu hidangan yang diambil pada setial 6 kali waktu makan dalam sehari. Kami juga saling berkongsi supplemen yang kami amalkan (sekiranya ada).
Kami diajarkan menu-menu dan cara memasak yang dikategorikan sebagai 'clean", dikehendaki memakan makanan dari sumber semulajadi sahaja (makanan berproses/segera termasuk sos, kicap dsb tidak dibenarkan), diajarkan nisbah/kuantiti makanan yang betul dalam setiap hidangan, mengira setiap kalori yang masuk ke dalam badan berdasarkan makanan yang diambil serta jenis senaman yang membantu untuk membakar lemak dan menurunkan berat/ukuran badan dengan lebih berkesan.
Secara asasnya, saya tidak mengamalkan mana-mana vitamin atau Set Kurus Shaklee yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Apa yang saya amalkan adalah vitamin asas yang bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi badan setiap hari serta keperluan untuk penyusuan bayi saya yang belum berusia setahun pada waktu itu.
Setiap hari saya amalkan;
● Vitalea - sebagai multivitamin yang mengandungi vitamin asas.
● Vitamin C - untuk memastikan sistem imun yang kuat dan tidak mudah jatuh sakit.
● CoQ-Trol Plus - sebagai antioksida serta bekalan CoQ10 yang menguatkan jantung supaya tidak mudah letih apabila saya running atau berzumba (workout).
● ESP - bekalan protein yang membantu menjadikan saya rasa kenyang lebih lama serta membantu penghasilan susu badan yang lebih pekat dan mengenyangkan untuk bayi saya. Tak lupa juga untuk pertumbuhan sel kulit baru yang lebih elok supaya sentiasa kelihatan glowing serta untuk memelihara kesihatan otot agar tidak mudah tercedera akibat workout.
● Omega Guard - bekalan Omega-3 yang sangat membantu memelihara kesihatan jantung, mengurangkan visceral fat serta mengurangkan sakit badan (inflammation) pada waktu malam.
● Ostematrix - bekalan kalsium yang sangat penting untuk menguatkan tulang, mengurangkan sakit badan serta magnesium yang membantu saya tidur lena pada waktu malam walaupun selepas workout.
Jenis senaman (workout) yang saya biasa lakukan adalah zumba dan berlari (running) di atas treadmill. Kedua-duanya saya lakukan di rumah sahaja. Untuk zumba, saya buka video di Youtube dan pancarkan di kata televisyen, kemudian saya lakukannya bersama-sama dengan suami dan anak-anak.
Alhamdulillah, selepas 2 bulan menjalani program eat clean tersebut, daei berat badan asal 65.8kg,saya berjaya turun sebanyak hampir 6kg! Nampak sedikit, tapi hakikatnya bukan mudah! Sehingga ke hari ini, saya masih cuba mengamalkan teknik mengawal pengambilan kalori harian serta bersenam selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu.
Alhamdulillah, sehingga Ogos 2019, saya masih mampu mempunyai berat badan 57kg. Walaupun angka itu masih belum mencapai 'ultimate target' saya iaitu 52kg, namun saya yakin; dengan amalan yang konsisten, saya pasti akan capai jua suatu hari nanti.
Tujuan saya bukanlah sekadar mahu turunkan berat badan atau menjadi kurus semata-mata. Tetapi sebenarnya lebih kepada mahu mencapai berat badan yang ideal di samping mempunyai tahap kesihatan yang terbaik di usia menginjak 40an.
Saya bernekad untuk tidak mahu menjadi 'orang tua yang sakit' jika dipanjangkan usia. Saya mahu menjadi warga emas yang awet muda, cergas dan kekal aktif yang tidak dimamah usia.
Saya juga menyahut saranan Shaklee sendiri untuk "eat balance, exercise regularly and supplement wisely". Buat apa nak tua dan sakit, kalau boleh jadi awet muda dan sihat, kan? Jom jadi warga emas yang sihat dan aktif dengan Shaklee!- Pn Irdayati
Kredit kepada: Supermom Shaklee Story
Jom kita tengok Vitamin yang diambil oleh Puan Irdayati.
1) Vitalea (Multivitamin)
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
✿ Membantu sistem memori dan fokus
✿ Merupakan pelengkap nutrisi
✿ Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
✿ Membantu dalam stimulasi metabolisma
✿ Membantu melambatkan proses penuaan
✿ Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
✿ Membantu proses tumbesaran
✿ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati
2) Vitamin c
Berfungsi sebagai:
Menguatkan immune badan
Mengurangkan simptom demam
Merangsang pembentukan kolagen
Mencantikkan kulit
Mengurangkan jerawat & jeragat
Membantu penyembuhan luka
Membantu penyerapan zat besi
Sesuai untuk perut sensitif (gastrik)
3) Coq-trol Plus
Kebaikan CoQ Trol Plus Shaklee
Membantu kekal bertenaga
Menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas
Membaiki perdaran darah yang sihat
Mengekalkan kolesterol yang sihat
Menguatkan otot jantung
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Meningkatkan pergerakan sperma
Meningkatkan kuantiti sperma
Memperbaiki kualiti ovum
Mempunyai peluang tinggi untuk persenyawaan
Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit
Memperbaiki jerawat dan kesan parut pada kulit
Kulit lebih anjal dan sihat
Kulit kurang berkedut
Melambatkan proses penuaan kulit dan badan
Meningkatkan daya ingatan & pembelajaran
Lebih fokus dan peka
Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan, iaitu Alzheimer dan Parkinson.
4) Esp
Fungsi Esp Ialah:
Nak kulit cantik
Nak hilangkan parut
Nak kuruskan badan
Nak kawal selera makan
Nak elakkan gastrik
Nak sarapan mudah
Nak banyakkan susu badan
Nak tenaga berpanjangan
5) Omega Guard
Fungsi Omega Guard:
Rendahkan bacaan kolestrol
Mengurangkan masalah sendi
Mengurangkan kebas kaki
Menguatkan daya ingatan
Membakar lemak dalam badan
Membantu masalah buasir
Menguatkan imun badan
Jika anda berminat dengan vitamin-vitamin diatas, anda boleh segera hubungi saya seperti di bawah.
No comments:
Post a Comment