Set Kurus Shaklee; Kurus Tanpa Berlapar dan Selamat

Memiliki badan yang kurus dengan berat badan yang ideal memang menjadi idaman setiap insan. Lebih seronok apabila kadar BMI berada pada paras normal, dan kita mempunyai tubuh badan yang sihat. Hendak melakukan aktiviti harian pun sangat seronok. Secara tidak langsung risiko untuk dapat penyakit berbahaya akibat berat badan berlebihan juga sangat rendah.


Tetapi bukan mudah untuk kurus, terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi, terutamanya seperti makanan. Maklumlah, Malaysia kan kaya dengan pelbagai aneka jenis makanan. Nak tahu tak, sebenarnya, anda tak perlu berlapar untuk kurus. Jom baca sampai habis.

Dengan adanya set kurus Shaklee, anda tidak perlu risau lagi kerana set kurus Shaklee ini telah membantu ramai pengguna mendapatkan berat yang ideal, badan yang langsing, dan BMI yang normal serta badan yang sihat

Set Kurus Shaklee Terbahagi kepada 3 Langkah yang Utama, iaitu;

Langkah 1, Bakar atau Pecahkan Lemak

Lecithin


Diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisen.

Fungsi Lecithin dalam set kurus Shaklee
  • Berfungsi mengemulsikan lemak yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan
  • Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.
  • Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita makan jika digabungkan dengan Alfalfa Complex.
  • Membantu Mengurangkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta membantu mengawal paras triglycerides
 Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.
1 botol lecithin tahan selama 1 bulan, RM55. Klik sini untuk jimat 15-20%

Omega Guard


Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di kawasan laut dalam. Untuk pengetahuan semua, minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal.


Fungsi Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee
  • Minyak ikan omega 3 berfungsi membantu pembakaran lemak termendap. Sebab itu kalau Lecithin dan Omega digabungkan, proses untuk kurus dan turunkan berat badan lebih cepat dan berkesan
  • Membantu membakar lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ.
  • Membantu meningkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin rendah tahap Leptin, makin cepat kita rasa lapar.
  • Pengambilan Omega 3 merangsang sensitiviti insulin dalam darah. Lebih sensitif sel-sel tubuh kepada insulin, lebih sukar untuk lemak disimpan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Gula berlebihan menyebabkan kita sukar untuk turunkan berat badan
  • berkesan apabila pengambilan minyak ikan omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat, kesannya lebih banyak kalori terbakar. Hasilnya berat badan pun berkurangan.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah supaya mempunyai lebih tenaga untuk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin sekaligus memberitahu otak bahawa kita rasa kenyang (Keadaan ini dapat membantu mengawal selera makan)
 1botol omega mengandungi 90 softgel tahan selama sebulan. (RM136.00). Klik sini untuk jimat 15%-20%.

Langkah 2 ,Singkirkan Lemak atau Detoks Badan

Herblax


HerbLax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan.

Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee
  • Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.
  • Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox
  • Membersihkan usus secara keseluruhan
1 botol herblax mengandungi 120 tablet, tahan selama 2 bulan. (RM57.50)

Alfafa Kompleks

Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950-an. Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, California. Alfalfa merupakan satu tumbuhan yang renek. Afalfa Complex Shaklee dihasilkan dari daun Alfalfa yang premium dan sangat berkualiti tinggi.

Fungsi Alfalfa Complex dalam set kurus Shaklee
  • Membantu menyingkirkan lemak & kolesterol
  • Dalam Alfalfa ada saponin, saponin berfungsi seperti span yang bertindak "menarik kolesterol dalam darah.
  • Penggunaan jangka panjang iaitu pengambilan alfalfa selama 8 minggu secara konsisten membantu menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol yang mampu mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan dan dibakar oleh Lecithin dan Omega Guard. Hasilnya perut akan kembali kempis.
  • Alfalfa merupakan agent detox tubuh secara kesuluruhan iaitu detox usus, darah dan hati. Detox adalah proses menyingkirkan toksin-toksin dalam badan. Hasilnya badan lebih bertenaga, berat turun dan kulit pun sihat.
  • Alfalfa juga membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Alfafa Kompleks mempunyai 2 saiz:

Alfafa Kompleks saiz kecil menandungi 330 tablet, tahan selama hampir dua bulan (RM57.50)
Alfafa Kompleks saiz besar mengandungi 700 tablet tahan hampir 5 bulan (RM102.50)

Langkah 3 - Bina otot, elak menggeleber, diet sihat, bertenaga dan elak lapar

Esp

Tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) dan dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). ESP Shaklee juga diiktiraf seluruh dunia kerana memiliki kajian klinikal yang sangat ekstensif & komprehensif serta mempunyai kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.

Fungsi ESP dalam set kurus Shaklee

ESP Shaklee membantu badan kurus melalui tiga cara
  • Diet yang sihat
  • ESP Shaklee berasaskan protein tumbuhan iaitu kacang soya Non Gmo yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh . ESP Shaklee dikenali sebagai diet yang sihat kerana kaya dengan protein, bebas lemak, bebas kolesterol, dan kaya dengan kalsium
  • Mengenyangkan
  • ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. Kajian menunjukkan makanan yang mempunyai gi dapat mengurangkan rasa lapar dan memberikan rasa rasa kenyang yang lebih lama dan membantut menurunkan berat badan dan mengawal selera makan. Selain itu, ia juga membantu paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, dan mengekalkan kesihatan jangka panjang Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak.
  • membantu membina otot
  • Protein membantu pembentukan dan pembinaan otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang dimiliki, maka lebih banyak kalori tubuh dibakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, badan dilatih untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolism dan pembakaran lemak. Lebih efektif apabila pengambilan protein digabungkan dengan senaman
1 canister ESP 850g tahan selama sebulan. (RM161.25)

Cinch Shake Mix



Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan!

Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya.


Fungsi Cinch Shake dalam set kurus Shaklee
  • Cinch shaklee sesuai sangat bagi sesiapa nak diet dan kuruskan badan. Cinch shake ni lengkap dengan segala protein.
  • Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine. Leucine adalah sejenis asid amino penting. 
  • Fungsi leucine adalah menjaga jisim otot. Leucine bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan leucine, jadi, ia mesti diperolehi dari sumber makanan yang lain. 
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam:
  • Menggalakkan pengeluaran otot.Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
  • Menyokong pemulihan otot.
  • Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
  • Untuk dapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, pengambilan diet harian yang mengandungi leucine sangat penting kerana setelah kehilangan berat dan lemak, leucine akan memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. Tugas leucine adalah membina otot semasa penurunan berat badan berlaku.
  • Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kawal nafsu makan
  • Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci pada badan dengan cepat
    Istimewanya Cinch Shake ini, apabila anda tidak mahu makan nasi, anda boleh gantikan dengan mengambil Cinch Shake Shaklee sahaja.

1 canister cinch shake tahan selama sebulan (RM181.25)

Life Shake Elderberry


Minuman nutrisi yang lengkap kaya dengan protein, fiber, mengandungi 24 jenis vitamins dan mineral, enzime dan juga prebiotik

Tinggi kandungan antioksidant, kaya dengan polifenols dan membantu meningkatkan sistem imun badan.

Keistimewaan Life Shake
  • Membekalkan 20gm protein soya ultra tulen, Bukan GMO bagi setiap hidangan, termasuk campuran proprietari protein biji chia organik dan biji labu organik
  • Glisemik indeks yang rendah dimana menampilkan inovatif pemanis baharu, RED M, untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat dan membekalkanrasa kenyang yang lebih lama.
  • Prebiotik daripada campuran bijirin dan enzim pencernaan untuk pencernaan yang lebih baik dan meningkatkan pencernaan yang lebih baik dan meningkatkan penyerapan protein.
  • Dikuasakan oleh Leusina untuk mengekal dan membina otot membakar lemak dan menyokong metabolisma.
  • Tanpa lemak trans, bebas kandungan tenusu.
1 canister life shake untuk kegunaan 1 bulan. (RM205.25)

Set kurus Shaklee terbahagi kepada 3 pilihan
  • Set kurus Shaklee (Bajet)
  • Set kurus Shaklee (Popular)
  • Set kurus Shaklee (Premium)
1) Set Bajet Kurus


Harga Set Kurus Bajet RM 112.50

2) Set Kurus Popular

Harga Set Kurus Popular RM273.75 

3) Set Kurus Premium

Harga Set Kurus Shaklee Premium RM467.25

Awas! Jauhi Ubat Kurus yang Merbahaya!!!

Banyak lambakan produk kurus di pasaran yang berkesan, tetapi tahukah anda berkesan sahaja tidak menjamin ia selamat. Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran, termasuk yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine, dan kebanyakan produk ini tidak menerangkan secara terperinci kandungan sebenarnya. 

Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo. Begitu juga kesan negatif organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kengestif, penyakit arteri periferal, arrithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal.

Pastikan produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Periksa dahulu status pendaftaran melalui Quest Product Search yang disediakan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di http://npra.moh.gov.my atau aplikasi MediQuest di App Store dan Play Store.




Kenapa Anda Perlu Pilih Set Kurus Shaklee?

Sentiasa Selamat

Lebih 100,000 ujian kawalan setiap tahun supaya produk betul-betul selamat dan berkesan.
Pengesahan dari pihak ketiga. Syarikat lain tak sanggup buat.
350 Ujian pencemaran keatas bahan-bahan supaya setiap biji vitamin adalah tulen paling tinggi di dunia.
100% dijamimin puas hati berdasarkan testimoni pengguna.

Sentiasa Berkesan

USD300,000 untuk R&D.
Lebih 100 ujian saintifik diterbitkan.
Diterajui oleh 60 orang saintis Shaklee.
55 Patent dan patents pending.
Landmark Study

Sentiasa Semulajadi

Tiada campuran bahan asing dan bahan tiruan.
Tiada filter
Tiada diuji keatas haiwan.

Nak kurus secara sihat dan pakej kulit cantik? Jom dapatkan Set Kurus Shaklee anda hari ini! Baca


Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan set kurus anda hari ini!






No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...