Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana keberadaannya di bahagian paling luar mata.
Penyakit ini boleh terjadi pada golongan yang muda dan tua. Kebiasaannya pada pesakit yang mempunyai pekerjaan atau sering terlibat dalam aktiviti yang terdedah pada matahari. Contohnya adalah seperti anggota polis trafik, tentera, ahli sukan, dan tukang kebun.
Apakah Punca Pterygium?
Pendedahan terhadap sinaran ultra-ungu
Dipercayai menjadi penyebab yang signifikan dalam pertumbuhan pterygium. pterygium lebih kerap terjadi pada mereka yang tinggal di kawasan bercuaca panas dan kering serta mereka yang kerap berada di luar bangunan di bawah sinaran matahari.
Risiko terjadinya pterygium lebih tinggi dikawasan yang lapisan ozon yang telah menipis disebabkan kurangnya penapisan sinaran ultra-ungu.
Apakah Simpton-simpton Pterygium
- Mata merah
- Rasa tidak selesa dalam mata (berpasir)
- Rasa seperti ada bendasing di dalam mata
- Mata kering
- Kabur penglihatan sekiranya pterygium telah merebak ke lapisan kornea
Rawatan
Rawatan pterygium bergantung kepada saiz , status, gejala pterygium, dan sama ada mengganggu penglihatan atau tidak. Pterygium dapat dirawat secara medikal atau pembedahan.
Pencegahan
Antara langkah pencegahan yang boleh di amalkan ialah;
- Memakai cermin mata yang mempunyai tapisan ultra-unggu
Sekiranya anda mengalami simpton-simpton seperti diatas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment