Cara Mengatasi Penyakit Kelamin dengan Vitamin Semulajadi

Apakah Itu Penyakit Kelamin?

Bagi kebanyakan orang, gambar penyakit kelamin agak menakutkan. Bagi mencegah dan menangani penyakit kelamin secara berkesan, kita harus memahami penyakit ini. Penyakit kelamin, lebih dikenali sebagai sexually transmitted diseases (STD) dalam bidang perubatan, merupakan satu golongan penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin. Hubungan kelamin di sini bermaksud hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut).


Penyakit kelamin sebenarnya merebak dengan pendedahan terhadap cecair badan yang tercemar. Antara contoh cecair badan yang mungkin menjadi medium jangkitan ialah darah, air mani dan lendir faraj. 

Oleh sebab itu, penyakit kelamin boleh merebak dengan cara-cara yang selain daripada hubungan kelamin:
  • Melalui transfusi darah ketika darah yang diterima oleh pesakit itu tercemar.
  • Perkongsian jarum di antara penagih dadah.
  • Anak kepada seseorang ibu yang dijangkiti penyakit kelamin juga mungkin menghidap penyakit-penyakit ini kerana jangkitan boleh berlaku semasa mengandung melalui uri, ataupun semasa kelahiran anak melalui percampuran darah.
  • Pekerja-pekerja bidang kesihatan yang terdedah terhadap bahaya kecederaan tertusuk jarum (needle stick injury, NSI).
Seseorang yang telah dijangkiti penyakit kelamin boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom. Hal ini kerana penyakit kelamin tidak semestinya mengakibatkan kemunculan tanda-tanda jangkitan klasik.

Jenis-jenis penyakit kelamin

Pelbagai jenis bakteria, virus dan parasit berupaya menyebabkan penyakit kelamin. Jenis penyakit kelamin wanita pula agak berbeza dengan penyakit yang menjejaskan kaum lelaki. Penyakit kelamin wanita Malaysia adalah lebih kurang sama dengan penyakit yang menjejaskan wanita di seluruh dunia. Antara jangkitan-jangkitan ini ialah:

Jangkitan bakteria

1) Chlamydia: Penyakit ini ialah salah satu penyakit kelamin yang paling biasa dijumpai di Malaysia. Antara komplikasinya yang paling serius ialah penyakit radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Jangkitan chlamydia mudah berlaku melaui hubungan kelamin tanpa perlindungan dan jangkitan ini berlaku empat kali ganda lebih kerap berbanding dengan penyakit gonorrhea. Bayi yang dijangkiti chlamydia semasa proses bersalin boleh mengalami radang mata atau paru-paru (pneumonia).

2) Gonorea: Penyakit kelamin ini disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Neisseria gonorrhoea dan boleh menjejaskan kedua-dua jantina. Jangkitan boleh berlaku di bahagian kemaluan, dubur, usus dan tekak. Lebih kurang 90 peratus pesakit mengalami simptom-simptom seperti keluaran lendir bernanah dari bahagian kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

3) Sifilis: Penyakit ini berpunca daripada satu organisma yang dikenali sebagai 'spirochete' Sifilis dan boleh merebak melalui hubungan kelamin secara oral, dubur dan vagina ataupun daripada ibu yang dijangkiti sifilis kepada bayinya semasa kehamilan. Secara umumnya, penyakit ini berlaku dalam empat peringkat. Pada peringkat awal, kudis muncul di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan akan hilang sendiri. Pada peringkat-peringkat berikut, simptom-simptom yang mungkin berlaku ialah demam, menggigil dan sakit otot.

Radang salur kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis): Penyakit ini selalunya menjejaskan kaum lelaki. Mereka mungkin mengalami sakit ketika membuang air kecil dan keluaran lendir dari salur kencing.

Jangkitan virus

1) Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts): Organisma yang menyebabkan penyakit ini ialah Human Papilloma Virus (HPV). Para pesakit selalunya mengadu kemunculan ketuat putih atau bintik-bintik putih di bahagian sulit. Walaupun begitu, kebanyakan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom.

2) Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Penyebabnya ialah Herpes Simplex Virus (HSV). Kebanyakan pesakit tidak melapokan sebarang simptom. Walau bagaimanapun, simptom yang mungkin berlaku termasuklah demam, gatal, bengkak dan ulser di bahagian kemaluan.

3) AIDS dan HIV: AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan merupakan penyakit serius yang berpunca daripada Human Immunodeficiency Virus (HIV). Para pesakit yang dijangkiti HIV menghidap AIDS setelah virus ini merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Oleh sebab sistem pertahanan menjadi lemah, jangkitan bakteria dan virus lain lebih senang berlaku.

Jangkitan parasit

1) Trichomoniasis: Organisma yang bertanggungjawab dikenali sebagai Trichomonas vaginalis. Majoriti pesakit tidak mengalami apa-apa simptom tetapi sesetengah pesakit wanita mengalami keluaran lendir kuning atau hijau dari faraj, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki pula tidak mengalami apa-apa simptom tetapi boleh menjadi pembawa penyakit ini.

2) Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice): Gejala yang paling biasa berlaku ialah gatal di bahagian kulit kemaluan. Para pesakit juga mungkin mendapati najis kutu atau telur kutu di bahagian yang terjejas.

3) Kudis buta (Scabies): Penyakit ini boleh melibatkan mana-mana bahagian badan. Kegatalannya lebih teruk pada waktu malam.

Faktor risiko penyakit kelamin

Seseorang yang melakukan hubungan seksual sememangnya mempunyai tahap risiko yang tertentu untuk dijangkiti penyakit kelamin. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko tersebut seperti:
  • Hubungan seksual tanpa perlindungan sama ada melalui faraj, mulut atau dubur: Risiko pasangan yang tidak dijangkiti mendapatkan penyakit kelamin meningkat jika kondom getah tidak digunakan. Penggunaan kondom yang tidak betul atau tidak konsisten juga boleh meningkatkan risiko anda.
  • Mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual: Semakin ramai jumlah hubungan seksual yang dilakukan, semakin besar risiko anda dijangkiti penyakit kelamin.
  • Mempunyai sejarah penyakit kelamin: Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit kelamin boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan lebih mudah.
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah rekreasi: Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan penghakiman anda dan meningkatkan risiko bagi perlakuan yang berisiko tinggi seperti hubungan seksual tanpa perlindungan.
  • Menyuntik dadah ke dalam vena: Perkongsian jarum dengan seseorang yang dijangkiti penyakit kelamin boleh menyebabkan penyebaran jangkitan-jangkitan yang serius terutamanya virus HIV, hepatitis B dan hepatitis C.
Penyakit kelamin boleh menyebar daripada seseorang individu kepada individu yang lain melalui kontak keintiman ataupun mempunyai hubungan seks yang melibatkan dubur, faraj ataupun mulut. Penyakit kelamin boleh dicegah tanpa melakukan hubungan seks yang berisiko.

Anda boleh merendahkan risiko anda dengan penggunaan kondom ataupun mempunyai pasangan yang bebas daripada penyakit kelamin. Terdapat pelbagai punca penyakit kelamin, termasuk sifilis, gonorrhoea, chlamydia dan herpes.

Kebanyakkan penyakit kelamin boleh dirawati dengan ubat-ubatan. Oleh itu, anda perlu mendapat diagnosis penyakit kelamin sebelum rawatan diberikan.

Gejala Penyakit Kelamin

Kebanyakan penyakit kelamin tidak akan menunjukkan sebarang simptom atau tanda anda telah dijangkiti. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa peka akan sebarang perubahan pada tubuh badan anda.

Antara tanda-tanda penyakit kelamin secara umum:
  • Luka atau lepuh pada kemaluan sekitar kawasan dubur atau mulut
  • Ketumbuhan ketuat pada kawasan kelamin
  • Kegatalan pada genitalia
  • Discaj daripada vagina atau zakar
  • Kelenjar yang sakit atau bengkak sekitar kawasan kelamin
  • Ruam sekitar kawasan yang sama
  • Gejala STD wanita khususnya
  • Sakit semasa kencing
  • Sakit dalaman semasa bersetubuh
  • Pendarahan atau ‘spotting’ selepas hubungan seks
  • Kaum wanita harus mengetahui gejala penyakit kemaluan wanita seperti perubahan pada warna, bau atau jumlah keputihan, kemerahan faraj, kegatalan, dan pendarahan vagina antara tempoh haid atau selepas menopaus.
Simptom-simptom ini boleh bermaksud anda dijangkiti penyakit kelamin ataupun menghidapi penyakit lain.

Cara mencegah penyakit kelamin

Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah:
  • Ketidakselesaan di kawasan kelamin
  • Kemandulan pada wanita dan lelaki
  • Kanser di kawasan genitalia
  • Penyakit radang pelvik atau lebih dikenali sebagai ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’
  • Masalah epididymitis dan orchitis pada kaum lelaki dan komplikasi berkaitan dengan kehamilan (kehamilan ektopik, keguguran atau jangkitan STD pada janin).
  • Kesan penyakit kelamin terhadap kesuburan boleh menjejaskan pihak wanita dan pihak lelaki.
  • Ketidaksuburan wanita adalah disebabkan kerosakan pada tiub fallopian.
  • Kemandulan lelaki pula boleh disebabkan oleh jangkitan dalam testis yang mengurangkan sperma yang dihasilkan menjadikannya lebih sukar untuk hamil.
  • Perkara ini berlaku hanya apabila penyakit kelamin dibiarkan tidak dirawat dalam jangka masa yang lama.
  • Jangkitan dengan pelbagai STD, terutamanya yang menyebabkan penyakit ulser genital seperti herpes dan sifilis boleh meningkatkan kecenderungan anda untuk jangkitan HIV.
  • Apabila tidak dirawat, jangkitan ini boleh menjadikan HIV lebih mudah untuk masuk ke dalam badan jika terdedah.
Sekiranya anda adalah seorang individu yang aktif dengan aktiviti seksual, maka anda harus mempersiapkan diri anda dengan banyak informasi agar pencegahan penyakit menular seksual ataupun juga dikenali sebagai STD boleh dilakukan dengan jayanya.

Adalah digalakkan untuk anda tidak mengambil ringan mengenai perkara ini kerana langkah-langkah yang boleh dianggap ringkas namun melecehkan ini boleh menyelamatkan kualiti hidup mahupun nyawa anda sendiri pada kemudian hari.

Set Cadangan Shaklee untuk Penyakit Kelamin

Selain rawatan di hospital, anda juga boleh berikhtiar dengan set vitamin shaklee iaitut terdiri daripada Resv/Vivix, Nutriferon, Vitamin C Sustained Release, Omega Guard dan Nutriferon. Kesemua vitamin ini saling berkerjasama dan menjadi pelengkap kepada satu sistem pertahanan yang baik dalam badan kita. Dan semuanya membantu secara semulajadi tanpa mengubah apa-apa sistem dalam badan kita. Antara fungsi kesemua vitamin ini ialah:

ResV/Vivix
  • Immune booster, antioksidan serta sumber folifenol yang terbaik.
  • Mempercepatkan tindakbalas sistem imun terhadap jangkitan
  • Menghalang proses replikasi virus yang terpilih dalam badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan


Sustained Released Vitamin C 500 mg

Vitamin C penting untuk sistem imun kita bagi merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun

· Vitamin C bertindak untuk menghalang pembiakan virus

· Mengurangkan risiko diserang selesema, batuk dan demam

· Membantu menyembuhkan luka


Omega Guard

Membantu mengurangkan keradangan

· EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun badan


Nutriferon

· Membantu mempertingkatkan sistem imun badan

· Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria

· Merangsang pengeluaran microfog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman

· Membantu melindungi tubuh daripada virus, microb termasuk flu dan influenza


Jika anda berminat dengan set ini, boleh terus hubungi saya di talian 016-4225314.






No comments:

Post a Comment

LINDUNGI ANAK-ANAK DARI VIRUS COVID19 DENGAN SET KANAK-KANAK SHAKLEE

JOM IKHTIAR TINGKATKAN IMUN BADAN ANAK-ANAK DENGAN SET IMMUNE SHAKLEE Kes COVID skrg meningkat dgn mendadak..kes semalam sahaja dah 17,134. ...