Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).
Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( ‘tonsillitis’, ‘pharyngitis’).
Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga.
Punca-Punca
Berikut disenaraikan sebab-sebab utama kesakitan telinga.
1. Tahi Telinga
Tahi telinga boleh terkumpul di dalam saluran telinga (saluran auditori). Akhirnya ia akan membentuk plak, yang mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan.
2. Jangkitan Salur Telinga
Bakteria (‘furunculosis’/bisul) atau jangkitan kulat (‘otomycosis’)
3.‘Eczema Cara Pulihkan Ekzema Berkesan
‘Eczema’ boleh berlaku pada saluran telinga, menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, bersisik dan gatal. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan.
4. Keradangan telinga tengah
‘Acute suppurative otitis media’
Kesakitan telinga biasanya bermula di dalam telinga. Keradangan telinga tengah ialah punca yang paling kerap dan biasanya (walaupun tidak semestinya) disebabkan jangkitan.
Akibat tekanan yang meningkat pada telinga tengah, gegendang telinga meregang dan bengkak. Ini akan mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan. Faktor yang paling kerap ialah demam selesema
Tanda dan Gejala
Gejala yang dikaitkan dengan sakit telinga bergantung pada sebabnya.
Simptom jangkitan bahagian telinga luar termasuklah
- Kemerahan kulit
- Bengkak
- Sakit telinga
- Lendiran cecair dari saluran telinga
Simptom jangkitan bahagian telinga tengah dan dalam adalah:
- Resdung tersumbat Set Resdung Berkesan
- Kehilangan pendengaran sementara
- Vertigo Cara Atasi Vertigo
- Untuk bayi atau kanak-kanak – selalu menangis, tidak senang duduk, menarik atau menggosok telinga yang sakit, hilang selera makan
- Demam panas melebihi 38 degree Celsius
- Masalah tidak boleh tidur pada waktu malam
- Batuk dan hidung berair
- Masalah keseimbangan
- Sakit rahang
- Sakit kerongkong
- Gatal-gatal di kawasan telinga
- Bunyi-bunyi bising di telinga / tinnitus
Pencegahan
- Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
- Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
- Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
- Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)
Rawatan
Ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen boleh digunakan untuk melegakan kesakitan dan demam. Antibiotik dalam bentuk pil atau titis telinga boleh digunakan untuk menghapuskan bakteria-bakteria.
Terdapatnya rawatan tradisional seperti kegunaan minyak zaitun atau minyak pati juga dapat membantu untuk mengeluarkan tahi telinga yang berlebihan tetapi kesannya tidak dibuktikan dengan penyelidikan saintifik. Penggunaan minyak zaitun atau ubat titis telinga sepatutnya dielakkan jika gegendang telinga anda pecah.
Cadangan Set Sakit Telinga Shaklee
Anda juga boleh cuba set sakit telinga shaklee iaitu :
1. Vivix Shaklee
Vivix mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi serta kaya dengan Resveratrol, yang merawat sehingga ke selular DNA, mengurangkan inflamasi, meningkat penghasilan tenaga serta mengelakkan pengumpulan protein AGE (melambatkan penuaan sel). Resveratrol di dalam 1 sudu teh Vivix bersamaan dengan Resveratrol di dalam 100 gelas wain. Vivix diuji di dalam makmal, dan 10x ganda lebih hebat daripada Resveratrol biasa.
2. Sustained Releasse Vitamin C Shaklee
Vitamin c Shaklee berfungsi untuk mengelakkan keradangan dan menguatkan imun badan. Ia penting untuk melawan bakteria.
3. B-Complex, lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang membantu menenangkan saraf, dan bersifat anti-stress bagi membantu mengurangkan tekanan pesakit.
Untuk dapatkan banyak PENJIMATAN, anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee. Klik di SINI untuk keahlian.
Hubungi KN jika ada sebarang pertanyaan.
016-4225314 Nida (KN)
Pengedar Shaklee Malaysia.
No comments:
Post a Comment