Mata merupakan satu organ yang komplek dengan beberapa bahagian yang penting. Bagi membolehkan mata berfungsi dengan baik untuk menghasilkan penglihatan yang normal, setiap bahagian mata perlulah normal dan sihat.
- Presbyopia – mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat. Masalah ini biasanya dikesan ketika umur mencecah 40 tahun.
- Katarak – dimana kanta menjadi legap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan
- Glaukoma – satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Penglihatan pada mulanya normal, tetapi dengan masa anda mungkin mengalami gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan penglihatan. Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya akan menyebabkan mata sakit dan merah. Keadaan ini diklasifikasikan sebagai kes kecemasan.
- Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
- “Age related macula degeneration (AMD)” – kehilangan penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca, gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
- Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
- “Floaters” – partikel yang halus berterbangan dari dalam mata yang mengganggu penglihatan dan mungkin keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
- Rabun malam
- Retina lekang (Retinal detachment)–Gejala termasuk “floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
- Radang saraf optik (Optic neuritis) – Radang pada saraf optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”. Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak mata.
- Angin ahmar dan TIA – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Barah otak – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Pendarahan didalam mata
- “Temporal arteritis” – radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
- Migrain – anda mungkin nampak cahaya lampu, ”halos”, atau paten zigzag sebelum sakit kepala.
- Gunakan cermin mata gelap untuk melindungi mata anda dari cahaya UV.
- Menggunakan cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alat-alat tajam atau alat bermotor seperti tukul, pemotong besi dan sebagainya.
- Sekiranya anda memerlukan cemin mata atau kanta sentuh, pastikan preskripsi adalah yang terkini
- JANGAN merokok.
- Pastikan anda mempunyai BMI yang ideal
- Pastikan tekanan darah dan paras kolestrol anda berada dibawah kawalan.
- Pastikan paras gula anda dibawah kawalan sekiranya anda mengidap diabetes
- Vitamin A dan Beta-carotene
- Vitamin B kompleks
- Vitamin C, D dan E
- Lutein dan zeaxanthin
- Antioksidan
- Asid lemak Omega-3
Berikut Pula Adalah Senarai Vitamin Yang Diperlukan Oleh Mata:
1. Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.
2. Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
3. Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
4. Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
5. Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu:
Sayuran hijau berdaun: Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
Telur: Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
Buah-buahan sitrus dan berry: Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
Badam: Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
Ikan berlemak: Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.
Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, kebanyakan daripada kita kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan nutrien lain, sebaliknya memilih makanan berkalori tinggi, rendah-nutrien yang boleh memudaratkan badan, termasuk mata.
Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral setiap hari boleh membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam diet dan boleh membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif, termasuk penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.
No comments:
Post a Comment